Monday, May 21, 2012

kUrSuS KhWin

                                                           Nie Pic Time Nk P Kursus Khwin




     

 Haa..!! yes kursus khwin da missz noly pergi tp tgu ble nk khwin je huhuhu.Tp kn nk kahwin 2 emang nk kahwin tp calon xde da..Arap2 Tuhan pertemukan jodoh ngan missz norly...Amim.



Ciri-ciri Calon Suami Yang Baik




Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut:

 

Kuat amalan agamanya. 

 

Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

 

Akhlaknya baik

 

Iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

 

Tegas mempertahankan maruahnya. 

 

Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

 

Amanah. 

 

Tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

 

Tidak boros

 

Tidak kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

 

Menjaga mata 

 

Dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

 

Pergaulan yang terbatas.

 

Tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

 

Mempunyai rakan pergaulan yang baik. 

 

Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

 

Bertanggungjawab. 

 

Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

 

Wajah yang tenang.

 

Tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.









No comments:

Post a Comment